Friday, October 9, 2009

ANAK HARAPAN 2010


Anak Harapan 2010 adalah program kerjasama (Mentor Mentee ) murid tahun 5 , 2009 Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dengan Kelab Sendi Saga - Pelajar UIA Gombak.
Terima kasih kerana sudi menyumbang wang dan tenaga untuk anak didik SK.Sg.Buloh.










Wednesday, August 5, 2009

USAHA - kelemahan dan kekurangan bukan alasan














baiklah murid-murid..cikgu sengaja masukkan gambar anjing ini. Walaupun anjing ini hanya mempunyai DUA kaki, tapi ayuh kita lihat.. bagaimana kekurangan pada anjing ini tidak menjadi kelemahan dan sebab untuk TIDAK BERUSAHA..
Renung-renungkan dan selamat beramal!






















Monday, July 27, 2009

TIPS MENJADI RAJIN (*_*)

Tips belajar hari ini,cikgu ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini cikgu senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.



1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
“Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”


2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.


3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.


4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda memang nantikan. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho..


5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.



Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.

Selamat beramal dengan tips belajar. Hoho…