Sunday, April 18, 2010

PENGUMUMAN

PROGRAM ANAK GEMILANG 2010
Pertemuan dengan Mentor - Abang dan Kakak UIA Gombak pada 8 Mei 2010.
Seperti yang dirancang ada pertandingan antara sekolah yang terlibat dengan UIA Gombak.
Apa-apa pun program ini akan dimaklumkan kemudian.
PEMBELIAN T SHIRT ANAK GEMILANG
Setakat ini seramai 40 orang murid telah menjelaskan bayaran untuk T shirt.T shirt telah siap dan akan diserahkan sebaik saja abang dan kakak mentor menyerahkan kepada Cikgu Wan.
ANAK-ANAK TAHUN 6 - 2010
Anak-anak Tahun 6, akan menduduki peperiksaan dalaman sekolah untuk kali ke-3,pada:
Tarikh : 27,28 dan 29 April 2010
Cikgu harap semua murid tahun 6 sentiasa bersedia menghadapinya. Harapan cikgu , keputusan peperiksaan akan terus meningkat.
PROGRAM MOTIVASI ELIT
Kepada murid-murid tahun 5 dan 6 yang berminat untuk menghadiri Motivasi Luar
bersama Pusat Motivasi Elit ( Dr.Shabudin ) dengan kadar bayaran sebanyak RM60,
sila serahkan borang penyertaan sebelum 22 April 2010 kepada Cikgu Wan.
PROGRAM SEORANG MURID SATU AKAUN
Kepada ibubapa atau murid yang belum mendapatkan buku akaun Tabung Haji, yang telah mendaftar dengan Tabung Haji harap dapat memaklumkannya segera kepada Cikgu Wan.
oleh,
Cikgu Wan Pidura.

No comments:

Post a Comment